Kelebihan Pembelajaran Berasaskan web

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Antara kelebihan pembelajaran berasaskan web adalah :

1) Pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja. Palajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum- forum perbincangan, email, online chatting dan sebagainya.

2) Pelajar juga mudah menghubungi rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan. Selain itu, pelajar juga boleh berhubung atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dari sekolah-sekolah lain serta berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan kemudahan web.

3) Pelajar juga boleh menggunakan web untuk mencari maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan mudah.

4) Nota-nota kuliah atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan diperoleh melalui web di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa. Keadaan ini lebih memudahkan serta menjimatkan masa.

5) Aktiviti e-mail pula boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan pelajar terutamanya Bahasa Inggeris. Para pelajar dapat memantapkan lagi tahan penguasaan Bahasa Inggeris mereka semasa berkomunikasi dengan sahabat pena mereka dari luar Negara melalui e-mail.

6) Pelajar juga turut boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal dari pakar-pakar tempatan mahupun luar Negara berkenaan dengan pelajaran.

read comments

Laman Portal Pendidikan Utusan


read comments

Contoh Pembelajaran menggunakan web

Portal Pendidikan Utusan
sila layari ---->>> http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_09.asp?h=90119&e=UPSR&s=BM&ft=FTN&

read comments

Pembelajaran Berasaskan Web

Pengajaran berasaskan Web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebib bermakna. Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman Web mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional. Antara kebaikan pengajaran berasaskan Web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan hipermedia Web sedunia menyebabkan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Format hipermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar kerana dapat mereka dapat mencipta suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer, 1994). Web juga mendokong dan menggalakkan perayauan dan eksplorasi, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills) (Thuering, Mannemann & Haake, 1995).

Pembelajaran berasaskan Web juga dapat menyediakan komunikasi secara sinkronus, misalnya melalui sesi sembang (chat) dan juga asinkronus seperti menghantar mel eletronik. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pengguna berkomunikasi dan bekerjasama merentasi jarak yang jauh. Komunikasi sinkronus (chat) membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar, seperti dalam kolaborasi dalam bilik darjah, bezanya pelajar dalam suasana Internet menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Komunikasi asinkronus (e-mel) membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara dua atau lebih pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua jenis komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna, sumber, bekerjasama, dan meningkatkan sikap pelajar terhadap kerjasama dan pencapaian.

Persekitaran berasaskan Web berpotensi menawarkan banyak kelebihan kepada pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran berbanding dalam pakej pembelajaran tradisional (Collis 1996, Khan 1999). Pelajar boleh menggunakan kursus pembelajaran berasaskan Web untuk berkomunikasi, berkolaborasi dan menerbitkan bahan peribadi dalam interaksi di antara guru dan rakan pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar akses kepada sumber pembelajaran yang lebih luas dan munasabah melalui pautan Web dengan selesa (Betty, 1999).

read comments

Pengenalan kepada Pembelajaran Berasaskan Web

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan penggunaan internet di Malaysia. Menurut perangkaan yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2005 menunjukkan daripada 27 juta rakyat Malaysia, kira-kira 10,040,000 juta rakyat Malaysia menggunakan internet.

Secara umumnya, rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari, halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya.

Kepesatan teknologi maklumat telah membawa dimensi baru dalam sistem pendidikan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, bekas Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 iaitu:

read comments

Pembelajaran Berasaskan Web




Isi Kandungan



• Pengenalan
• Pembelajaran Berasaskan Web
• Kelebihan dan Kelemahan Pembelajaran Berasaskan Web
• Isu-Isu Berkaitan Pembelajaran Berasaskan Web
• Cadangan Penambahbaikkan Pembelajaran Berasaskan Web
• Kesimpulan

read comments

Matlamat ICT dalam pendidikan

Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:

1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

read comments

Dasar utama ICT dalam pendidikan

KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

read comments

Pengenalan kepada ICT dalam Pendidikan


ICT Dalam Pendidikan


Pendidikan ICT Di Malaysia


ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

read comments