Kesimpulan kajian

Secara keseluruhannya, didapati pelajar tingkatan dua SMK Methodist mempunyai asas dalam penggunaan komputer. Pelajar pernah atau sering melakukan pembelajaran berasaskan web sama ada di rumah mahupun kafe cyber. Pelajar ini cenderung untuk melakukan pembelajaran berasaskan web di sekolah namun perkakasan komputer di sekolah tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Ciri-ciri laman web yang baik mengikut pelajar ini adalah laman web yang ringkas dan mudah difahami serta mempunyai aplikasi yang menarik. Cadangan penambahbaikkan adalah agar pihak sekolah akan memastikan makmal komputer dapat berfungsi sepenuhnya serta menggalakkan guru menggunakan ICT dalam pembelajaran.

read comments

Dapatan Kajian












read comments

PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB :SATU KAJIAN KES DI SMK METHODIST TG. MALIM


Abstrak

Tujuan kajian ini ialah untuk mengumpul maklumat sama ada pembelajaran berasaskan web ini digunakan oleh pelajar serta kekerapan penggunaannya. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian adalah borang soal selidik disamping menggunakan aplikasi ‘facebook’ . Lima orang pelajar dari tingkatan dua dipilih sebagai responden yang terdiri dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama. Dapatan kajian dianalisa menggunakan aplikasi ‘surveymonkey’ yang disediakan secara percuma. Hasil kajian mendapati pelajar pernah dan cenderung untuk menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan web tetapi tidak dapat menggunakan kaedah pembelajaran ini di sekolah kerana kurangnya perkakasan komputer.


Pengenalan

Pelajar boleh menggunakan kursus pembelajaran berasaskan Web untuk berkomunikasi, berkolaborasi dan menerbitkan bahan peribadi dalam interaksi di antara guru dan rakan pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar akses kepada sumber pembelajaran yang lebih luas dan munasabah melalui pautan Web dengan selesa (Betty, 1999).


read comments

http://www.score-a.com.my/


Score A
Kelebihan sistem ini dilihat dari segi ibu bapa dapat memantau latihan anak-anak mereka.

read comments

http://funschool.kaboose.com/



Laman Web ini menyediakan pelbagai fungsi. Kebanyakan pembelajaran menggunakan unsur permainan. Laman web ini juga sangat menrik.

read comments

http://cyberkids.com/


Laman web ini membenarkan fungsi-fungsi seperti:
  • mendaftar
  • permainan
  • perbincangan
  • pusat pembelajaran

Penggunaan warna dan gambar dalam web ini pasti dapat menarik minat ramai murid untuk belajar menggunakan web ini


read comments

Kesimpulan

Institut Pengajian Tinggi Awam , Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan pembelajaran berasaskan web sebagai teknik yang terkini untuk menyampai modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan pembelajaran berasaskan web bagi melatih pekerja mereka. Maka adalah wajar pembelajaran berasaskan web diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak dalam pembelajaran berasaskan web. Walau bagaimanapun, pembelajaran berasaskan web yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih memainkan peranan dalam mendidik pelajar-pelajar.

read comments

Cadangan Penyelesaian 2 Dan 3

2. Educational Learning Management System (ELMaS)
ELMaS ialah satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web untuk latihan perguruan. Guru-guru didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT.

3 Program dan Naiktaraf Infrastruktur
“Untuk lima tahun akan datang, tumpuan kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘hub’ ICT dan multimedia di peringkat global. Untuk tujuan ini, infrastruktur ICT akan dinaik taraf melaui inisiatif termasuklah meningkatkan keupayaan tulang belakang penghantaran sehingga 10 gigabits sesaat dan memperkenalkan Sistem Pegurusan Rangkaian untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Infrastruktur ICT juga akan diperluaskan ke kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital. Antara program yang bakal dilaksanakan ialah Infodesa dan Internet Desa yang menawarkan kursus kesedaran dan latihan’…(Petikan ucapan Tun Dr
Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia ketika usul Rancangan Malaysia ke Lapan pada 23 April 2001, Dewan Rakyat.)

read comments

Pembelajaran berasaskan talian memang menarik

















Aplikasi ini merupakan aplikasi yang boleh digunakan dalam pembelajaran berasaskan web.
Aplikasi ini membolekan pelajar melihat slide pembentangan disamping bersembang dan berbincang di bahagian kanan slide.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Haji Nazri kerana memperkenalkan kepada kami pelbagai teknologi serta aplikasi yang baru dan menarik

read comments

Cadangan 1

I. Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan

Kita ketahui banyak pihak sedang berusaha untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran pembelajaran berasaskan web. Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran.

read comments

Cadangan penyelesaian

Beberapa cadangan dan penyelesaian yang akan diperjelaskan bagi isu dan pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Web di Malaysia. Terdapat tiga cadangan dan beberapa pecahan di dalamnya. Antaranya ialah:

I. Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan
a. bahan pembelajaran berpusatkan komputer
b. Screen design issues
c. Kaedah Penyampaian
II. Educational Learning Management System (ELMaS)
III. Program dan NaikTaraf Infrastruktur

read comments

ISU-ISU BERKAITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Adakah Pembelajaran Berasaskan Web hanya dapat dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia selepas semua masalah dapat dikenalpasti?. Adakah pelajar akan didedahkan kepada Pembelajaran Berasaskan Web hanya selepas infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian siap sepenuhnya? Beberapa isu dan pemasalahan dikenalpasti dinyatakan seperti berikut :-

- Akses dan kos pengendalian
- Kekurangan Web Bahasa Melayu
- Jatidiri Yang Lemah
- Latihan Tenaga Pengajar

read comments

Kelemahan Pembelajaran Berasaskan web

Antara kelemahan pembelajaran berasaskan web adalah:


1) Akses kepada peralatan computer, peralatan teknologi serta capaian kepada rangkaian internet mungkin menjadi satu masalah kepada pelajar terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar.

2) Kadar kelajuan internet yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat melihat semua paparan pada sebuah web pelajarana seperti paparan grafik, ikej, dan video clip. Ini menyukarkan capaian kepada isi pelajaran yang disampaikan.

3) Memerlukan infrastruktur yang mencukupi dilengkapi dengan peralatan computer dan ini memerlukan kos yang tinggi.

read comments

Kelebihan Pembelajaran Berasaskan web

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB

Antara kelebihan pembelajaran berasaskan web adalah :

1) Pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja. Palajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum- forum perbincangan, email, online chatting dan sebagainya.

2) Pelajar juga mudah menghubungi rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan. Selain itu, pelajar juga boleh berhubung atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dari sekolah-sekolah lain serta berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan kemudahan web.

3) Pelajar juga boleh menggunakan web untuk mencari maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan mudah.

4) Nota-nota kuliah atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan diperoleh melalui web di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa. Keadaan ini lebih memudahkan serta menjimatkan masa.

5) Aktiviti e-mail pula boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan pelajar terutamanya Bahasa Inggeris. Para pelajar dapat memantapkan lagi tahan penguasaan Bahasa Inggeris mereka semasa berkomunikasi dengan sahabat pena mereka dari luar Negara melalui e-mail.

6) Pelajar juga turut boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal dari pakar-pakar tempatan mahupun luar Negara berkenaan dengan pelajaran.

read comments

Laman Portal Pendidikan Utusan


read comments

Contoh Pembelajaran menggunakan web

Portal Pendidikan Utusan
sila layari ---->>> http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_09.asp?h=90119&e=UPSR&s=BM&ft=FTN&

read comments

Pembelajaran Berasaskan Web

Pengajaran berasaskan Web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebib bermakna. Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman Web mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional. Antara kebaikan pengajaran berasaskan Web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan hipermedia Web sedunia menyebabkan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Format hipermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar kerana dapat mereka dapat mencipta suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer, 1994). Web juga mendokong dan menggalakkan perayauan dan eksplorasi, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills) (Thuering, Mannemann & Haake, 1995).

Pembelajaran berasaskan Web juga dapat menyediakan komunikasi secara sinkronus, misalnya melalui sesi sembang (chat) dan juga asinkronus seperti menghantar mel eletronik. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pengguna berkomunikasi dan bekerjasama merentasi jarak yang jauh. Komunikasi sinkronus (chat) membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar, seperti dalam kolaborasi dalam bilik darjah, bezanya pelajar dalam suasana Internet menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Komunikasi asinkronus (e-mel) membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara dua atau lebih pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua jenis komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna, sumber, bekerjasama, dan meningkatkan sikap pelajar terhadap kerjasama dan pencapaian.

Persekitaran berasaskan Web berpotensi menawarkan banyak kelebihan kepada pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran berbanding dalam pakej pembelajaran tradisional (Collis 1996, Khan 1999). Pelajar boleh menggunakan kursus pembelajaran berasaskan Web untuk berkomunikasi, berkolaborasi dan menerbitkan bahan peribadi dalam interaksi di antara guru dan rakan pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar akses kepada sumber pembelajaran yang lebih luas dan munasabah melalui pautan Web dengan selesa (Betty, 1999).

read comments

Pengenalan kepada Pembelajaran Berasaskan Web

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan penggunaan internet di Malaysia. Menurut perangkaan yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2005 menunjukkan daripada 27 juta rakyat Malaysia, kira-kira 10,040,000 juta rakyat Malaysia menggunakan internet.

Secara umumnya, rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari, halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya.

Kepesatan teknologi maklumat telah membawa dimensi baru dalam sistem pendidikan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, bekas Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 iaitu:

read comments

Pembelajaran Berasaskan Web




Isi Kandungan



• Pengenalan
• Pembelajaran Berasaskan Web
• Kelebihan dan Kelemahan Pembelajaran Berasaskan Web
• Isu-Isu Berkaitan Pembelajaran Berasaskan Web
• Cadangan Penambahbaikkan Pembelajaran Berasaskan Web
• Kesimpulan

read comments

Matlamat ICT dalam pendidikan

Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:

1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

read comments

Dasar utama ICT dalam pendidikan

KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

read comments

Pengenalan kepada ICT dalam Pendidikan


ICT Dalam Pendidikan


Pendidikan ICT Di Malaysia


ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

read comments