Kesimpulan

Institut Pengajian Tinggi Awam , Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan pembelajaran berasaskan web sebagai teknik yang terkini untuk menyampai modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan pembelajaran berasaskan web bagi melatih pekerja mereka. Maka adalah wajar pembelajaran berasaskan web diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak dalam pembelajaran berasaskan web. Walau bagaimanapun, pembelajaran berasaskan web yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih memainkan peranan dalam mendidik pelajar-pelajar.

0 ulasan:

Catat Ulasan