KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB
Antara kelebihan pembelajaran berasaskan web adalah :
1) Pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja. Palajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum- forum perbincangan, email, online chatting dan sebagainya.
2) Pelajar juga mudah menghubungi rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan. Selain itu, pelajar juga boleh berhubung atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dari sekolah-sekolah lain serta berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan kemudahan web.
3) Pelajar juga boleh menggunakan web untuk mencari maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan mudah.
4) Nota-nota kuliah atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan diperoleh melalui web di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa. Keadaan ini lebih memudahkan serta menjimatkan masa.
5) Aktiviti e-mail pula boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan pelajar terutamanya Bahasa Inggeris. Para pelajar dapat memantapkan lagi tahan penguasaan Bahasa Inggeris mereka semasa berkomunikasi dengan sahabat pena mereka dari luar Negara melalui e-mail.
6) Pelajar juga turut boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal dari pakar-pakar tempatan mahupun luar Negara berkenaan dengan pelajaran.
Kelebihan Pembelajaran Berasaskan web
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
saya amat2 bersetuju dengan point yang di gariskan kerana pembelajaran berasaskan web sudah terbukti kelebihannya. perkara ini perlu di beri lebih penekanan oleh pihak2 berkenaan terutama guru-guru.. sejauh mana guru-guru bersedia untuk menerima dan mempelbagaikan corak serta kaedah pengajaran dan pembelajaran..
Catat Ulasan