Pembelajaran Berasaskan Web

Pengajaran berasaskan Web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebib bermakna. Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman Web mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional. Antara kebaikan pengajaran berasaskan Web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan hipermedia Web sedunia menyebabkan penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Format hipermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar kerana dapat mereka dapat mencipta suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer, 1994). Web juga mendokong dan menggalakkan perayauan dan eksplorasi, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills) (Thuering, Mannemann & Haake, 1995).

Pembelajaran berasaskan Web juga dapat menyediakan komunikasi secara sinkronus, misalnya melalui sesi sembang (chat) dan juga asinkronus seperti menghantar mel eletronik. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pengguna berkomunikasi dan bekerjasama merentasi jarak yang jauh. Komunikasi sinkronus (chat) membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar, seperti dalam kolaborasi dalam bilik darjah, bezanya pelajar dalam suasana Internet menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Komunikasi asinkronus (e-mel) membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara dua atau lebih pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua jenis komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna, sumber, bekerjasama, dan meningkatkan sikap pelajar terhadap kerjasama dan pencapaian.

Persekitaran berasaskan Web berpotensi menawarkan banyak kelebihan kepada pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran berbanding dalam pakej pembelajaran tradisional (Collis 1996, Khan 1999). Pelajar boleh menggunakan kursus pembelajaran berasaskan Web untuk berkomunikasi, berkolaborasi dan menerbitkan bahan peribadi dalam interaksi di antara guru dan rakan pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar akses kepada sumber pembelajaran yang lebih luas dan munasabah melalui pautan Web dengan selesa (Betty, 1999).

1 ulasan:

Noor Nabilah Zahar berkata...

hai...

Catat Ulasan